Selamat Datang Ke Blog Cikgu Harliza

Thursday 28 April 2011

KOSA KATA: INTIHA,ILTIZAM DAN MASLAHAT

1 intiha -(Arab) akhir, penghabisan, penutup

Contoh ayat: Sebagai intiha, pendidikan untuk perpaduan perlu dikaji semula supaya anak-anak Malaysia pascamerdeka memahami konsep dan peri penting perpaduan dalam kehidupan mereka.

2 iltizam- (Arab) keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dan melaksanakan sesuatu, komitmen
Contoh ayat: Iltizam untuk melakukan penambahbaikan perlu ada pada setiap individu.

3 maslahat- (Arab) sesuatu yang berfaedah (berguna), usaha dsb. yang mendatangkan faedah
Contoh ayat: Penyediaan kemudahan awam perlu dijaga dengan baik untuk maslahat orang ramai yang akan menggunakannya.

Saturday 23 April 2011

TATABAHASA


CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Aiman
:
Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong? 
Kok Seong
:
Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.  
Aiman
:
Kalau begitu, saya cadangkan awak mengikut saya pulang ke kampung saya.  
Kok Seong
:
Apakah yang menarik di kampung awak?  
Aiman
:
Di kampung saya ada sungai, kita boleh memancing di sana. Sekarang juga musim buah-buahan.  

Jawapan yang Lemah
Aiman bertanya rancangan Kok Seong di masa cuti ini. Kok Seong menyatakan dia tidak mempunyai apa-apa rancangan. Oleh itu, Aiman mencadangkan Kok Seong mengikutnya pulang ke kampungnya. Lalu Kok Seong bertanyakan tentang keistimewaan kampung Aiman. Menurut Aiman, di kampungnya terdapat sungai dan mereka boleh memancing. Selain itu, pada masa sekarang kampungnya musim buah-buahan

Jawapan yang Mantap
Aiman bertanya tentang rancangan Kok Seong pada masa cuti nanti. Kok Seong menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rancangan. Oleh itu, Aiman mencadangkan Kok Seong mengikutnya pulang ke kampungnya. Lalu Kok Seong bertanyakan keistimewaan kampung Aiman. Menurut Aiman, di kampungnya terdapat sungai dan mereka boleh memancing. Di samping itu, pada masa itu kampungnya musim buah-buahan.

a) memberitahu, menyatakan, berkata, menerangkan, menjelaskan dan sebagainya (untuk ayat penyata)
b) bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin mendapatkan kepastian, menyoal dan sebagainya (untuk ayat tanya)
c) meminta, menyuruh, mengajak, mempelawa, melarang, mengharapkan dan sebagainya (untuk ayat suruhan)
d) terkejut, hairan, kagum, terperanjat, mengeluh, mengaduh, mengelamun dan sebagainya (untuk ayat seru)

Perkara
Contoh penggunaan dalam cakap ajuk
Contoh penggunaan dalam cakap pindah
1. Tukar singkatan kepada perkataan yang lengkap.
nak /mak /kak /tak
hendak /emak /kakak / tidak  
2. Tukar perkataan yang menunjukkan tempat, masa, keadaan, dan sebagainya kepada perkataan yang sesuai.
begini
demikian ini
sekarang
esok
di sini
di pondok ini
begitu
demikian itu
ketika itu
hari berikutnya/keesokan hari
di situ
di pondok itu  
3. Ganti kata seru kepada makna yang sesuai dengan ayat dalam cakap ajuk.
cis
amboi
hore
eh
dengan marahnya
dengan perasaan terkejut
dengan gembiranya
dengan nada hairan
4. Tukar kata ganti nama diri kepada kata ganti nama yang sesuai dengan cakap ajuk.  
Saya masib belum makan,” kata Ganesh.
Ganesh berkata bahawa dia masih belum makan
5. Gunakan kata hubung pancangan seperti agar dan bahawa dalam cakap pindah.
“Saya tidak mahu pergi,” kata Azri.
Azri menyatakan bahawa dia tidak mahu pergi.
6. Tukar ayat daripada cakap ajuk kepada cakap pindah mengikut maksud yang sesuai.
“Moga-moga anakmu itu akan pulang,” kata Nora kepada Sazana.
“Adakah kamu akan datang esok?” tanya Encik Bakri kepada Laila.
Nora berharap agar anak Sazana akan pulang.
 
Encik Bakri bertanya kepada Laila sama ada dia akan datang pada hari berikutnya

Friday 22 April 2011

TATABAHASA-KATA MAJMUK


      KATA
   MAJMUK

Takrif : kata majmuk ialah satu bentuk wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan yang mempunyai makna. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.
 

Rangkai kata bebas
Contoh :
Gambar rajah
Terima kasih
Kuning langsat
Perdana menteri
Raja muda



      Istilah khusus
Contoh:
Mata pelajaran
Kertas kerja
Model linear
Segi tiga
Reka bentuk


    Simpulan bahasa
Contoh :
Kaki ayam
Panjang tangan
Makan angina
Anak emas
Buah ati







BENTUK YANG TELAH MANTAP
- penggunaannya telah dianggap utuh dan tidak menerima imbuhan serta diubah.
- walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan tersebut      tetap dieja dengan satu perkataan.
- terdapat 15 perkataan yang telah mantap ;

                         Antarabangsa             Setiausaha                   Matahari
                         Beritahu                     Sukarela                      Olahraga
                         Bumiputera                Suruhanjaya                Pesuruhjaya
                         Jawatankuasa             Tandatangan               Warganegara
                         Kakitangan                 Tanggungjawab           Kerjasama
                        
PENGGANDAAN KATA MAJMUK
- melibatkan unsur pertama kata sahaja. ( belum mantap diawalan digandakan)

                         Alat-alat tulis             balai-balai raya
                         Suku-suku kata
                        
-tetapi satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.

                         Jawatankuasa-jawatankuasa              Warganegara-warganegara
                         Setiausaha-setiausaha

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
- kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.

a) campur aduk = bercampur aduk
b) temu bual = ditemu bual




         ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU
 
 

GENRE


Wednesday 20 April 2011

Soalan Percubaan SPM 2010



SOALAN PERCUBAAN SPM 2010:
1. PULAU PINANG – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA JAWABAN BM1 dan BM2 ,  RALAT SKEMA JAWAPAN SOALAN 2a) ii BM2
2. MRSM – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA MRSM 2010 
3. MELAKA – BAHASA MELAYU KERTAS1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA
4. SBP – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
5. JOHOR – BAHASA MELAYU 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
6. NEGERI SEMBILAN – BAHASA MELAYU 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
7. SABAH – BAHASA MELAYU 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
8. TERENGGANU – BAHASA MELAYU 1 DAN 2 , SKEMA
9.  PERLIS – BM 1 , BM2
10.  KEDAH – BM K1 dan K2 , SKEMA
11.  SARAWAK – BM1 dan BM2 , SKEMA
12.  KELANTAN - BM1 , BM2 ,   SKEMA
13. KUALA LUMPUR – BM1 , BM2
14.  PERAK – BM1 , BM2 , SKEMA
15. PAHANG – BM1 , BM2 , SKEMA
16. SELANGOR – BM1 , BM2     SKEMA
————————————————————————————————————–

Latihan karangan 2

Peranan Ibu bapa Dalam Mewujudkan Masyarakat Penyayang.
        Dalam penitian era meninggalkan zaman primitif, ibu bapa memainkan peranan penting kepada pembentukan masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering kali menyiarkan isu ini. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting seperti mana yang terkandung dalam misi Wawasan 2020. Oleh itu, terdapat pelbagai modus operandi yang seharusnya direncanakan bagi membentuk masyarakat penyayang ini.
     Sehubungan dengan itu, ibu bapa wajar memberikan kasih sayang kepada anak-anak bagai “________________” (peribahasa). Namun begitu, masih terdapat dalam kalangan ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya _________________________________________(huraian). Sebagai  contoh, ibu bapa __________________________________________(contoh). Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.
     Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi, bak kata pepatah “___________________”(peribahasa). Sebaliknya, ibu bapa kini terlalu rakus mengejar arus pemodenan sehingga alpa akan tanggungjawab kudus terhadap anak-anak dalam didikan agama. Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh yang demikian, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama yang penuh dengan nilai-nilai murni  kepada anak-anak mereka. Misalnya, ________________________(contoh). Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Oleh itu, ___________________________________________________(kesimpulan).
     Dalam pada itu, ibu bapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Sebagai contoh,_______________________________(contoh). Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Hal ini akan memberikan kesan positif kepada anak-anak kerana ______________________________. (huraian) Ringkasnya, sikap ibu bapa yang sebegini mampu melahirkan ____________________________(kesimpulan)
     Di samping itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang _______________________(isi). Namun demikian, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Contohnya, ______________________________________(contoh). Hal ini persis dengan kata pepatah “ __________________________” (peribahasa) yang membawa maksud seseorang anak itu akan meniru perangai dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu menunjukkan _______________________________ (huraian). Umpamanya, mengamalkan ________________________________ (contoh). Konklusinya , peranan ibu bapa amatlah ________________________________ (kesimpulan).
     Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memupuk masyarakat penyayang. Secara keseluruhannya, semua pihak perlulah bersama-sama berganding bahu bak kata pepatah “_________________” (peribahasa). Ingatlah, “tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga”.

Latihan karangan

Kerajaan berharap agar generasi muda mempu menjadi modal insan yang berkualiti. Huraikan kriteria-kriteria yang ingin anda capai untuk menjadi modal insan yang berkualiti.
        Belakangan ini, kebanyakan generasi muda terjebak dalam kegiatan gejala sosial. Contohnya, __________________________(contoh). Hal ini menyebabkan masyarakat tempatan takut anak-anak remaja mereka akan terjebak dalam gejala sosial ini. Oleh yang demikian, pihak kerajaan berusaha untuk melahirkan modal insan yang berkaliber agar negara kita Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang lebih baik pada masa akan datang dan mampu melonjakkan nama Malaysia di persada dunia. Kita haruslah mencapai beberapa kriteria untuk menjadi modal insan yang berkualiti.
      Kriteria yang harus ada pada generasi muda untuk menjadi modal insan yang berkualiti ialah, berpelajaran tinggi dan berfikiran terbuka. Hal ini dapat, menyelesaikan banyak kemelut di dalam negara kita. Antara masalah-masalah yang dapat diselesaikan ialah ___________________ (contoh).  Hal ini sekaligus dapat meningkatkan _____________________________ (huraian) . Jadi, kita sebagai generasi muda masa kini haruslah berusaha untuk menuntut ilmu agar  _________________________________ (kesimpulan).
     Selain itu, kita juga harus mempunyai didikan agama yang sempurna dan betul. Hal ini kerana didikan agama amat penting agar  ___________________________________ (huraian). Contohnya, _____________________________________________ (contoh). Negara kita juga akan aman dan damai tanpa tipu daya, bak kata mutiara , “Agama tiang Negara”. Oleh itu, kita haruslah ____________________________________ (kesimpulan).
     Di samping itu, kita juga haruslah bersikap lebih bertanggungjawab. Hal ini kerana ____________________________________ (huraian) agar kita tidak bersikap seperti melakukan perkara dengan tidak bersungguh-sungguh bak kata pepatah “ ___________________” (peribahasa). Kita haruslah memupuk sikap bertanggungjawab mulai sekarang. Contohnya, kita haruslah menjalankan tanggungjawab kita sebagai ____________________________ (contoh).  Sikap bertanggungjawab ini juga secara tidak langsung dapat ______________________________ (huraian). Oleh itu, kita haruslah menanam sikap bertanggungjawab di dalam diri kita agar _____________________________________ (kesimpulan).
     Tambahan pula, kita haruslah  _____________________________ (isi). Hal ini agar kita tidak menjadi seperti  “katak di bawah tempurung” yang membawa maksud _____________________ (huraian). Kita haruslah peka dengan keadaan sekeliling. Sekiranya sesuatu kerja dilakukan dengan teliti maka ___________________________ (huraian) dan kesilapan yang dilakukan juga akan kurang. Seterusnya, negara kita juga dapat ditadbir dengan baik jika generasi muda masa kini teliti dan bertindak secara rasional dengan keadaan sekeliling mereka. Konklusinya, ____________________________(kesimpulan).
     Kesimpulannya, semua pihak haruslah saling berganding bahu bagai “____________________”  (peribahasa) untuk melahirkan generasi muda sebagai modal insan yang berkualiti. Selain itu, kita sendiri haruslah berusaha untuk mencapai kriteria-kriteria untuk menjadi modal insan yang berkualiti. Jadi, harapan kerajaan untuk menjadi generasi muda sebagai modal insan yang berkualiti akan dapat dicapai. Ingatlah wahai remaja sekalian, “_______________________________” (kata-kata hikmat).

Frasa menarik dalam karangan bahagian 2

FRASA-FRASA MENARIK UNTUK PENULISAN KARANGAN
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani
-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu



ANALISIS TEMA SOALAN RUMUSAN 2001- 2009

  • SPM - SKOP SOALAN
    NOV 2001 Tanggungjawab penulis
    JUN 2002 Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara
    NOV 2002 Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan
    JUN 2003 Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat.
    NOV 2003 Kepentingan pelabelan makanan
    JUN 2004 Masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia.
    NOV 2004 Faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya.
    JUN 2005 Cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu
    NOV 2005 Faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan
    JUN 2006 Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan.
    NOV 2006 Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat
    JUN 2007 Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya
    NOV 2007 Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara.
    JUN 2008 Faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
    NOV 2008 Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas
    JUN 2009 Punca-punca keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan..
    NOV 2009 Kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur



Soalan contoh ( Dimensi keluarga )

Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah.

Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak.

Cadangan Idea :
1. Ibu bapa menjadi contoh/ "role model"/ idola kepada anak-anak melalui hubungan dengan jiran tetangga.

2. Ibu bapa menjelaskan kepada anak-anak tentang senario masyarakat majmuk di Malaysia.

3. Ibu bapa mengajak anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk bersama-sama menyambut perayaan kaum dan agama.

4. Ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum - Contoh program PLKN, RIMUP di sekolah.

5. Ibu bapa saling bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak.

6. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menonton filem dan drama yang bertema perpaduan antara kaum.

Teknik transformasi :
Pelajar perlu membiasakan diri untuk menjawab soalan yang sama tetapi mempunyai format berlainan.

Contoh :
1. Surat kiriman tak rasmi
Rakan di luar negara ingin tahu tentang usaha kerajaan untuk menyatu padukan masyarakat berbilang bangsa.

2. Pidato/ ceramah/ syarahan
Menyampaikan syarahan, pidato atau ceramah berkaitan usaha menyatu padukan masyarakat di Malaysia

3. Perbahasan ala parlimen
Peranan ibu bapa lebih dominan untuk menyemai konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat.

4. Wawancara/ dialog
Wawancara dengan tokoh NGO/ Kerajaan berkaitan tajuk perpaduan antara kaum.

Nota : Pelajar boleh menggunakan isi yang sama tetapi disesuaikan dengan format yang dipilih.




Kata Kata Hikmat

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan

Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa hendak belajar.

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan. ~Albert Einstein


Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Frasa menarik dalam karangan

Frasa menarik dalam karangan

1Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7Alaf baharu - Masa terkini
8Mutakhir ini - Pada masa kini
9Seantero dunia - Seluruh dunia
10Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25Landasan berfikir - Cara berfikir
26Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27Mengaibkan diri - Memalukan diri
28Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31Bacul - Tidak bersemangat
32Badai kehidupan - Cabaran hidup
33Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34Berkongkalikung - Bersepakat
35Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36Praja - Kota / negeri
37Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40Nawaitu diri - Keinginan diri
41Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43Portfolio menteri - Tugas menteri
44Pentas siasah - Dunia politik
45Polemik - Bahas / debat / konflik
46Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47Linglung - Hilang ingatan
48Falah - Kejayaan / kemenangan
49interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah - Bersikap tidak tahu


Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........


PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.