Bahagian A
KEPENTINGAN SUKAN
Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang kepentingan sukan terhadap masyarakat konvensional kini. Menurut Menteri Sukan Datuk Sri Shabery Chik, banyak manfaat yang mampu diperoleh hasil daripada bersukan kepada masyarakat kini yang kian alpa terhadap perkara ini.
Antara kepentingan sukan ialah mampu mengekalkan kesihatan. Hal ini demikian kerana, bersukan mampu mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin daripada badan dan dalam pada masa yang sama mampu menstabilkan degupan jantung pada purata 80 ke 100 degupan per minit. Maka, semua pihak haruslah bangkit dari kealpaan dan mengamalkan dasar " 10 000 langkah setiap hari" dalam mengekalkan ketahanan jasmani.
Selain itu, bersukan juga mampu mengurangkan masalah sosial dek kerana masa terluang remaja kini diisi dengan bersukan. Impaknya, remaja kini tidak akan terjebak ke kancah gejala sosial dan secara tidak langsung peratus masalah sosial akan merundum dari semasa ke semasa. Hal ini persis kata mutiara " Remaja Produktif, Remaja Bebas Masalah".
Sementelahan itu, sukan merupakan medium utama dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Tamsilnya, seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa akan bersorak bagi menyemarakkan semangat para atlet untuk mencapai kejayaan. Secara tidak langsung, peribahasa "bagai isi dengan kuku" terpancar dalam kalangan masyarakat Malaysia hasil daripada bersukan.
Seterusnya, kegiatan sukan juga mampu meningkatkan imej negara di seantero mayapada. Hal ini demikian kerana, perjuangan anak glokal di arena sukan antarabangsa amat mengagumkan. Contohnya, Datuk Nicol Ann David telah merangkul banyak kejuaraan dan melestarikan gelarannya sebagai "Ratu Skuash Dunia" selama tujuh edisi penglibatannya. Maka anak glokal memainkan peranan penting dalam menaikkan nama Malaysia.
Deduksinya, semua pihak haruslah berkongkalikung dan memainkan peranan penting dalam menjana golongan masyarakat yang ideal dari pelbagai sudut. Hal ini persis peribahasa "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" dalam memanifestasikan kegiatan sukan.
Ahmad Faiz bin Basir
4 Akaun