CARA-CARA
MENGATASI KEJADIAN TANAH RUNTUH
OLEH
: NANAASHA BINTI AZJABAKA
Dalam mendepani era modenisasi pada abad
ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Negara kini semakin semakin pesat membangun seperti peribahasa,
“tenggelam sama basah, timbul sama hanyut” seiringan dengan negara maju lain.
Namun sering meniti dari bibir ke bibir segenap umat manusia tentang fenomena
kejadian tanah runtuh yang semakin membimbangkan rakyat Malaysia . Kemelut ini juga
sering disiarkan dalam media massa seperti internet, televisyen dan surat
khabar. Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang
berlaku akibat daripada gelongsoran tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya,
fenomena ini boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa
pengguna jalan raya mahupun penduduk yang berdekatan. Persoalan yang bermain
dalam kotak fikiran kita ialah mengapakah fenomena ini boleh berlaku dan
siapakah yang patut dipersalahkan? Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), fenomena
kejadian tanah runtuh ini berpunca daripada kegiatan pembalakan hutan secara
berleluasa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya
menyebabkan hakisan tanah. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengatasi
kejadian tanah runtuh yang mesti
dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengatasi fenomena ini
sebelum nasi menjadi bubur.
Antara cara untuk mengelakkan kejadian
tanah runtuh di negara kita ialah pihak kerajaan seharusnya menanam semula
pokok-pokok di cerun bukit terutamanya di kawasan yang telah dibangunkan . Usaha
murni ini merupakan cara terbaik untuk menjaga cerun-cerun dan kawasan yang
dibangunkan daripada terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh . Usaha
tersebut juga dapat menguatkan tanah yang telah melalui proses pembangunan .
Hutan rimba dan bukit-bukau merupakan
pasak kepada ekosistem bumi . Pembalakan dan penebangan hutan tanpa kawalan
telah melonggarkan ikatan tekstur tanah menjadikan cerun longgar dan rebah . Di
Malaysia , hujan lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit
menjadi longgar dan menggelongsor . Oleh itu , pokok-pokok besar yang berakar
dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan
pembangunan yang terdedah kepada cuaca yang tidak tentu serta hujan lebat . Hal
ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran air bawah
tanah yang mampu menggelongsorkan tanah yang tidak stabil . Usaha menanam
kembali pokok-pokok atautumbuhan-tumbuhan , dapat memampatkan kembali
kelonggaran tanah akibat pembangunan . Sebagai contoh , kejadian tanah runtuh
yang berlaku di Kondominium Highland Tower
dan Bukit Antarabangsa masih lagi menjadi igauan rakyat akibat tidak
mempedulikan cerun yang lemah berhampiran dengan kediaman . Janganlah
diibaratkan seperti peribahasa , “ sudah terhantuk baru tengadah “ . Jelaslah
bahawa peranan kerajaan bagi menanam semula pokok-pokok di cerun-cerun bukit
amatlah penting bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh .
Selain itu , pihak kerajaan juga
berperanan membina sistem perparitan yang terancang . Hal ini demikian kerana
sistem perparitan yang terancang penting bagi membolehkan air hujan dari cerun
bukit mengalir dengan baik dan terus ke longkang, sungai dan laut . Air tidak
akan bertakung di sesuatu kawasan kecuali apabila berlakunya banjir . Keadaan ini secara
langsung boleh mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh . Sistem
perparitan yang dibina dapat berfungsi sebagai benteng yang kukuh di lereng
bukit . Sistem perparitan yang terancang juga dapat memadatkan struktur tanah
di lereng bukit . Sekiranya tiada sistem perparitan dibina di lereng bukit ,
sudah tentu hujan lebat yang turun di kawasan bukit akan menyebabkan air
bertakung dan terserap di kawasan lereng bukit melalui tanah sehingga struktur tanah menjadi longgar dan tidak
kukuh . Hal ini boleh mengundang padah seperti berlakunya banjir kilat ,
hakisan tanah dan tanah runtuh . Misalnya , peristiwa yang berlaku di Pos
Dipang , Perak yang mengorbankan begitu banyak nyawa akibat banjir lumpur .
Kawasan tanah tinggi yang dibangunkan pembangunan sangat berisiko dengan
kejadian tanah runtuh dan aliran lumpur . Oleh itu , jelaslah pembinaan sistem
perparitan yang terancang dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara
kita sebelum nasi menjadi bubur .
Pada
realitinya , masalah tanah runtuh dapat diatasi persis pepatah Melayu ada
mengatakan , “ tiada penyakit yang tiada
penawarnya “ . Bukan setakat pihak kerajaan sahaja yang memainkan peranan
malahan usaha bagi mengatasi kejadian tanah runtuh ini juga sepatutnya
dimulakan daripada institusi kekeluargaan . Dalam hal ini , ibu bapa memikul
tanggungjawab yang amat besar bagi memupuk semangat cinta akan alam sekitar
dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi . Hal ini selaras dengan peribahasa
, “ melentur buluh biarlah dari rebungnya “ . Ibu bapa haruslah sentiasa
mendedahkan anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar . Namun begitu ,
mendidik sahaja tidak cukup , ibu bapa juga seharusnya menunjukkan contoh
teladan yang baik kepada anak-anak . Sebagai contoh , ibu bapa tidak sepatutnya
membuang sampah di merata-rata tempat serta melakukan pembalakan haram kelak
yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh . Sikap seperti ketam mengajar
anaknya berjalan betul tidak sepatunya diamalkan oleh ibu bapa . Sikap ini dapat
dilihat pada ibu bapa yang mengajar anak-anak menjaga alam sekitar sedangkan
mereka sendiri tidak berbuat demikian . Implikasinya , jika ibu bapa
menunjukkan contoh teladan yang baik , sudah tentu anak-anak akan mencontohi
sikap tersebut kerana ibu bapa merupakan sumber inspirasi kepada anak-anak
.Dengan ini , nescaya kejadian tanah runtuh dapat diatasi sekaligus dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar akibat
kerakusan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .
Jika ditelusuri secara mendalam ,
antara langkah yang pragmatik ialah melalui peranan yang dimainkan oleh
syarikat-syarikat pemaju . Syarikat-syarikat pemaju perlulah meneliti secara
mendalam mengenai kawasan yang ingin dijadikan lokasi pembinaan serta tidak
bersikap tergopoh gapah sebelum membangunkan sebarang pembangunan di kawasan
tersebut . Mereka hendaklah melakukan pemeriksaan terlebih dahulu . Hal ini
demikian untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku .
Pemaju juga disarankan agar mendirikan bangunan atau tapak perumahan di tanah
yang lapang dan rata . Mereka perlu mengelakkan membina rumah atau bangunan di
kawasan yang berbukit bukau serta di kawasan yang berdekatan dengan sungai .
Hal ini demikian kerana kawasan tersebut berisiko tinggi dalam mengundang
berlakunya tanah runtuh . Bak kata peribahasa Melayu “sediakan payung sebelum
hujan“ . Jelaslah bahawa peranan yang dimainkan oleh syarikat pemaju amatlah
penting bagi mengatasi kejadian tanah runtuh yang mampu meragut nyawa penduduk
Malaysia .
Kesimpulannya
, rakyat Malaysia masih mempunyai ruang usaha dan ikhtiar bagi mengelakkan
kejadian tanah runtuh . Usaha semua pihak amat diharapkan agar kejadian tanah
runtuh ini dapat dielakkan . Setiap langkah keselamatan dan peraturan tidak
boleh dipandang enteng kerana sikap tersebut boleh mengundang padah kepada
rakyat . Elbert Hubbard pernah berkata , “ kebijaksanaan ialah keupayaan untuk
bertindak pada masa yang benar-benar tepat . Jika kita tersilap langkah , kita diibaratkan
, “ menconteng arang ke muka sendiri “ . Oleh sebab itu , pihak berkuasa
janganlah mengambil sesuatu tindakan secara sambil lewa ibarat melepaskan batuk
di tangga kerana apabila nasi sudah menjadi bubur , kita hanya akan menyesal
buat selama-lamanya .
langkah ini sangat panjang - -
ReplyDeleteringkasan??..
ReplyDeletesaya nak buat pertandingan forum ni cikgu...x de ke yg ringkas...??
Deletesaya nak buat pertandingan forum ni cikgu...x de ke yg ringkas...??
DeleteWhat?!
Deleteringkasan??..
ReplyDeletebang itu pun susah ke amik jelah ayat yg penting..
ReplyDeletepanjang gile
ReplyDeleteterima kasih sangat berguna untuk kajian kerja kursus geografi pt3
ReplyDeleteSame laa bro
Deletehm panjng lah
ReplyDeletesaya minta izin copy ye
ReplyDeletePanjang sangat. Tapi okey berguna juga
ReplyDeleteBapak panjang
ReplyDeletesusah nak cari poin...cikgu tolong ringkaskan so jdi mudah dan senang gituhh
ReplyDeleteBlh x buat untuk from 1 punya folio tanah runtuh
ReplyDeletePanjang jugak tapi sangat berguna
ReplyDeletetqq
ReplyDeleteTq for info.
ReplyDeleteMohon izin menggunakan idea karangan.
terima kasih untuk idea karangan
ReplyDelete