No.17, Taman Permai Indah,
Jalan Sentosa,75460, Melaka.
16 Januari 20
Saudara Fazim,
Sebagai memulakan
bicara dalam lembaran kali ini, saya berharap agar saudara Fazim berada dalam keadaan sihat di
samping keluarga tercinta. Saya dan keluarga di Malaysia berada dalam keadaan sihat
sejahtera .
Tujuan
saya menulis dalam lembaran kali ini ialah untuk membalas pertanyaan saudara
kepada saya berkenaan semangat kejiranan yang diamalkan dalam kalangan
masyarakat konvensional di Malaysia.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini saudara, terdapat
lakaran suram yang menyelubungi rakyat Malaysia bahawa ada yang berpandangan
semangat kejiranan dan altruisme dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin
sirna ibarat hidup segan mati tak mahu. Hal ini wujud akibat daripada
masyarakat kini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik dan
bersilengah. Paradigma ini sering
menjadi polemik utama dan meniti dari bibir ke bibir rakyat. Untuk memperkasakan pemikiran saudara
berkenaan semangat kejiranan ini, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat jiran boleh
ditakrifkan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang .
Manakala pendefinisian secara konseptual pula semangat kejiranan merujuk
semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam
kehidupan harian mereka.
Saudara Fazim,
Rentetan senario itu, rakyat Malaysia seharusnya lebih peka terhadap kepentingan semangat
kejiranan. Antara signifikannya ialah dapat menanam sifat perpaduan dan bersatu
padu dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana apabila wujudnya semangat kejiranan
dalam diri setiap individu maka secara tidak langsung dapatlah menyahut
proklamasi Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu
1Malaysia yang menekankan semangat perpaduan di antara kaum di Malaysia.
Sinergi dan usahasama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan
diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang
utuh. Persis peribahasa, “ ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah
semua”. Contoh pendekatan yang boleh
diambil untuk memupuk semangat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat
ialah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua kaum dalam pada
masa yang sama seperti mengadakan “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap
perayaan yang terdapat di Malaysia. Melalui pengimplimentasi an program ini semangat
kejiranan dapat dijalinkan dalam masyarakat yang berbilang kaum ini agar boleh
meluaskan horizon pemikiran dek kerana berpeluang mempelajari perbezaan budaya
dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat diterapkan dengan nilai saling menghormati,
bertolenrasi dan saling menyayangi
di antara satu sama lain, ibarat kata
perbidalan , “ serumpun seperti serai, seikat seperti sirih”. Secara tidak langsung, tragedi 13 Mei 1969 yang merupakan sejarah hitam Negara di mana
berlaku perbalahan di antara kaum di Malaysia sehingga mengakibatkan rakyat
huru-hara dan negara kucar-kacir hanya akan berada dalam kotak memori sahaja, dan
bukan untuk diulangi lagi kelak. Tegasnya, semangat kejiranan mampu membentuk
masyarakat berbilang kaum yang stabil dari segi spiritual serta fizikal dan
seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Saudara Fazim,
Selain itu, jika ditelusuri semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat akan membawa impak positif kepada
masyarakat konvensional itu sendiri. Kesedaran semangat kejiranan mampu membawa
kepada jaminan keselamatan penduduk setempat. Hal ini kerana, dengan wujudnya
Rukun Tetangga yang terdiri daripada ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan
itu sendiri, mereka akan menjalankan rondaan pada waktu malam secara
berkumpulan bagi memastikan kawasan perumahan mereka berada dalam keadaan
selamat sejahtera. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni “bagai
aur dengan tebing”. Program ini juga mampu membantu pihak polis dalam usaha untuk mengurangkan
kegiatan jenayah yang biasa berlaku di
kawasan perumahan. Antara kegiatannya ialah pecah masuk rumah, jika perkara ini
tidak ditegah secara serius, akan membawa kepada banyak implikasi antaranya
harta benda dirompak dan yang paling memilukan adalah boleh membawa maut kepada
ahli rumah yang menjadi mangsa keadaan dalam kegiatan kebejatan moral ini. Maka,
apabila terlaksananya program sebegini yang melibatkan semua pihak, purata kes
jenayah dalam Negara akan berkurangan dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, nama
Malaysia juga harum di segenap seantero mayapada dek kerana Malaysia merupakan
antara Negara paling selamat untuk didiami di dunia hasil daripada kajian yang
dilakukan oleh “The World Justice Project” yang bertempat di New York, Amerika
Syarikat. Hal ini sama dengan cogan kata “jiran sepakat membawa berkat”.
Tegasnya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat mampu menjana kawasan
perumahan yang harmoni dan aman.
Saudara Fazim,
Sementelahan pula, memupuk semangat kerjasama dan
berkongkalikung dalam kalangan anggota masyarakat merupakan satu lagi signifikan
dalam semangat kejiranan. Kerjasama ini
mampu dipupuk menerusi penglibatan secara holistik anggota masyarakat dalam ajnas
aktiviti yang dilaksanakan di kawasan perumahan mereka. Tamsilannya dengan
mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, memperbaiki
alat kelengkapan di taman-taman perumahan
dan pelbagai lagi. Impaknya, dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti
ini akan membawa kepada anjakan paradigma bukan sahaja kepada kawasan perumahan
malah kepada kesihatan anggota masyarakat itu sekali. Hal ini kerana, dengan
mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan bukan sahaja
akan menjadi kawasan perumahan itu kelihatan kemas bah kan juga membawa
kebaikan kepada kesihatan masyarakat itu sendiri. Hal ini sama dengan
peribahasa “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”. Ironinya,
menurut laporan majalah “The Times “ di Australia, kegiatan gotong royong yang
diamalkan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia. Secara tidak
langsung, dengan mengamalkan nilai kerjasama dalam semangat kejiranan mampu
merapatkan hubungan baik di antara dengan jiran tetangga. Contohnya, anggota
masyarakat akan menjadi lebih akrab apabila dipertemukan dalam kegiatan yang
berfaedah. Fenomena ini persis peribahasa, “bulat air kerana pembentung, bulat
masyarakat kerana muafakat”. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang
dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya
membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Saudara Fazim,
Saya sebagai anak watan Negara Malaysia yang
tercinta ini meletakkan harapan yang tinggi kepada rakyat Malaysia agar bangkit
dan lari daripada kealpaan berkenaan semangat kejiranan ini. Hal ini kerana
rakyat Malaysia tidak seharusnya mempunyai sikap evasif malah mempunyai
kemampanan fikiran bahawa semangat kejiranan ini mampu mendatangkan banyak manfaat
kepada masyarakat konvensional di Negara
ini. Contohnya, jiran merupakan individu
pertama yang boleh dijadikan sumber untuk meminta pertolongan apabila sedang
menghadapi masalah ketika sedang mengharungi badai kehidupan. Hal ini persis dengan peribahasa, “berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing”. Saya juga berharap agar rakyat Malaysia
memberikan sepenuh komitmen dari pelbagai aspek dan bukannya bersikap nafsi
dalam usaha untuk menjayakan semangat kejiranan ini. Secara tidak langsung,
dapat memupuk dan meningkatkan lagi semangat perpaduan dan bekerjasama dalam
diri setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk mengekalkan keamanan
yang telah dikecapi.Bak kata perbidalan, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni. Dalam pada itu, jika tidak tercetusnya semangat yang positif ini maka
tragedi 13 Mei 1969 akan muncul kembali menyerang masyarakat dan Negara. Hal
ini berlaku kerana masyarakat tidak
menjadikan peristiwa ini sebagai suatu uswah sekaligus akan membawa padah kepada
setiap individu.Intihanya, aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020 akan tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.
Sekian sahaja coretan saya untuk kali
ini,Saya berharap saudara Fazim memahami isu yang telah saya terangkan
berkaitan dengan semangat kejiranan seterusnya sama-sama mewujudkan semangat
kejiranan agar keharmonian dan kesejahteraan Negara terpelihara.
Sekian wasalam.
yang benar
Karangan ini ditulis oleh: Ahmad Faiz Basir
( 4 Akaun 2012 )
SMKBK
No comments:
Post a Comment