Remaja bersahsiah mullia mampu
membangunkan sesebuah Negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan
penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka. Bincangkan.
Dalam
meniti arus kemodenan ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam
membentuk sahsiah peribadi anak-anak supaya menjadi seorang anak yang
berwawasan dan berkaliber. Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu
membangunkan sesebuah Negara jika mereka mempunyai sahsiah yang mulia dalam
diri mereka. Perkara ini sering menjadi bahan perbincangan dalam kalangan ibu
bapa dan pemimpin Negara. Titik permulaan dalam membentuk sahsiah mulia dalam
diri anak-anak ini ialah bermulanya daripada bimbingan ibu bapa. Jika seseorang
ibu bapa itu berjaya membentuk sahsiah anak-anak mereka dengan baik. Maka,
tidak hairanlah pada suatu hari nanti anak-anak mereka menjadi seorang pemimpin
Negara dan mampu memimpin semua anak-anak muda dalam membentuk sahsiah diri.
Oleh itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan dari sekarang sebelum nasi menjadi
bubur.
Antara
peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa ialah dengan menjadi suri teladan
kepada anak-anak kerana ibu bapa yang mencerminkan sahsiah peribadi anak-anak.
Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak.
Sebagai contoh, bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak bergaduh antara suami
isteri di hadapan anak-anak, tidak merokok di hadapan anak-anak dan sebagainya.
Dengan berbuat demikian, anak-anak pasti akan mengikut dan menjadikan ibu bapa
mereka sebagai suri teladan kepada mereka. Hal ini persis dengan kata pepatah
“bagaimana acuan, begitulah kuihnya” yang membawa maksud seseorang anak akan
meniru perangai dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu, sahsiah mulia anak-anak
dapat dibentuk melalui sahsiah ibu bapa. Jika ibu bapa itu bersikap baik
anak-anak juga akan menjadi baik, manakala jika ibu bapa itu bersikap buruk,
anak-anak juga akan turut bersikap buruk.
Selain
itu, didikan agama amat penting dalam membentuk dan mencorak sahsiah yang mulia
dalam diri anak-anak. Ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan memberikan
didikan agama yang sempurna kepada anak-anak kerana dengan adanya ilmu agama
yang kukuh, anak-anak dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk.
Dengan itu, anak-anak tidak akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat
seperti melepak, merokok, merempit dan sebagainya. Jika ibu bapa ingin mencorak
sahsiah yang baik dalam diri anak-anak. Ibu bapa perlulah memberikan didikan
agama kepada mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah
dari rebungnya”. Anak-anak ini ibaratkan kain putih, ibu bapa yang mencorak anak-anak
menjadi insan mulia dan jika terlambat memberi didikan agama yang baik kepada
anak-anak, pasti kain putih itu akan menjadi hitam dan sukar untuk dibentuk.
Oleh itu, ibu bapa haruslah memberi didikan agama sebelum terlambat.
Di
samping itu, kasih sayang juga merupakan salah satu faktor yang dapat membentuk
sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa sewajarnya memberikan kasih sayang yang
secukupnya kepada anak-anak “bagai menatang minyak yang penuh” kerana anak-anak
ini dahagakan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa
haruslah memberikan kasih sayang dengan cara beriadah bersama-sama, solat
berjemaah, makan bersama-sama dan sebagainya. Kesannya, anak-anak tidak akan
memberontak dan mereka akan tenang apabila ibu bapa menyayangi mereka. Namun
begitu, masih terdapat golongan ibu bapa yang tidak memberi kasih sayang kepada
anak-anak kerana alpa akan tanggungjawab yang dipikul. Ini akan menyebabkan anak-anak
mudah memberontak dan mula melangkah ke dunia yang penuh dengan kemaksiatan.
Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya tidak kira
dengan apapun cara kerana kasih sayang ibu bapa amatlah berharga bagi
anak-anak.
Sebagai
penutup wacana, ibu bapa haruslah bijak memainkan peranan mereka dalam
membimbing anak-anak membentuk sahsiah diri yang mulia kerana ibu bapa
merupakan orang yang paling dekat dan lebih mengenali anak-anak. Saya berharap
ibu bapa tidak leka akan tanggungjawab mereka dalam membimbing anak-anak
bersahsiah mulia agar harapan
ibu bapa dan pemimpin Negara dalam membentuk sahsiah yang baik dalam diri
anak-anak akan tercapai.
Hasil nukilan : Mursyidah Binti
Mustapa
Tingkatan : 4 Sains 2
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletecam best jer krngn ni ... nk copy lh
ReplyDelete