Selamat Datang Ke Blog Cikgu Harliza

Saturday 12 November 2011

KARANGAN- PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Pendahuluan
Perpustakaan ialah tempat rujukan.  Murid sekolah mestilah memanfaatkan perpustakaan.
Perpustakaan ditubuhkan di sekolah, daerah, negeri, institusi pendidikan tinggi, dan sebagainya.
Terdapat pelbagai kebaikan jika murid/remaja mengunjungi perpustakaan.
Peribahasa/kata-kata indah : membaca jambatan ilmu.

Isi 1
Murid dapat membaca pelbagai jenis bahan bacaan.  Perpustakaan menyediakan pelbagai bahan rujukan spt.  buku teks, buku ulasan, buku ulang kaji, kertas model, surat khabar, jurnal, majalah, dll.
Bahan-bahan ini dapat meningkatkan pengetahuan murid/remaja. Khususnya murid yang akan menduduki peperiksaan utama spt PMR, SPM, STPM.
Bahan disediakan secara percuma dan boleh dipinjam oleh murid.
Peribahasa :  Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Isi 2
Murid/remaja dapat belajar dalam keadaan tenang di perpustakaan.
Suasana di dalam perpustakaan sangat selesa (kondusif), tenang, tidak bising.
Perpustakaan dilengkapi dengan pendingin hawa/penyaman udara.
Perpustakaan menetapkan peraturan supaya pengunjung tidak membuat bising. Membantu murid/remaja belajar secara berkesan.
Peribahasa :  sambil menyelam minum air.

Isi 3.
Murid/remaja dapat menggunakan masa secara bermanfaat.
Dapat mengelakkan murid/remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah spt melepak, terlibat dengan gejala sosial, dadah, berpeleseran, dll.
Ibu bapa tidak berasa bimbang akan keselamatan anak-anak remaja mereka terutama pada masa cuti atau hujung minggu.
Peribahasa :  Masa itu emas.

Isi 4.
Murid/remaja dapat memupuk semangat perpaduan dengan lebih berkesan.
Perpustakaan dapat dijadikan tempat interaksi remaja daripada pelbagai kaum.
Mewujudkan kumpulan perbincangan kecil untuk belajar bersama-sama.
Memberi peluang kepada murid/remaja mengenali budaya, agama, bangsa-bangsa yang berbeza-beza.
Peribahasa :  Tak kenal maka tak cinta.

Isi 5.
Memberikan peluang murid/remaja mengakses ilmu melalui pelbagai kemudahan elektronik.
Perpustakaan menyediakan kemudahan internet.  Murid dapat mengakses bahan-bahan pembelajaran seperti nota, soalan-soalan latihan, soalan ramalan, dan sebagainya.
Contoh laman sesawang bercorak akademik ialah tutor.com.my,  skorA.com.my, laman-laman sesawang guru cemerlang, dan sebagainya.
Peribahasa : kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.

Kesimpulan
Banyak kebaikan perpustakaan yang perlu dimanfaatkan oleh masyarakat, khususnya remaja.
Semua pihak hendaklah mengambil peluang untuk memantapkan pengetahuan dengan mengunjungi perpustakaan.
Remaja yang tidak mengunjungi perpustakaan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Remaja yang berpengetahuan dapat bersaing dengan semangat 1 Malaysia.

30 comments:

  1. thnkyouu for ur examples 😋

    ReplyDelete
  2. Appreciate your rangka karangan

    ReplyDelete
  3. Termasuk Kasih cikgu memudah kan sya jwb exam

    ReplyDelete
  4. Terima kasih cikgu karangan ini bnyk membantu sye dlm peribahasa

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, karangan ni byk sangat membantu saya

    ReplyDelete
  6. Thank you teacher because publish this format

    ReplyDelete
  7. karangan dapat membantu saya belajar

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana memberikan ilmu yang sangat berguna

    ReplyDelete
  9. terima kasih dengan perkonsian ini. mohon cetak ya, cikgu.

    ReplyDelete
  10. Thanks cikgu..halalkan ilmu saya

    ReplyDelete
  11. terima kasih banyak banyak cgu sebab membantu saya untuk mengarang karangan dan mempunyai banyak isi... thanks a lot!!

    ReplyDelete
  12. Terima kasih cikgu atas maklumat yg berguna

    ReplyDelete
  13. Terima kasih cg, halalkan ilmu ini

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah....
    Perkongsian ini dapat membantu saya utk menyiapkan kerja sekolah....
    Semoga bermanfaat utk semua....

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah....
    Perkongsian ini dapat membantu saya utk menyiapkan kerja sekolah....
    Semoga bermanfaat utk semua....

    ReplyDelete
  16. Karangan ni dapat membantu saya untuk meningkatkan lagi tahap ayat yang lebih gramatis

    ReplyDelete
  17. thank you so much cikgu harliza kerana memberikn contoh rangka karangan yang baik dan peribahasa yg sesuai bgi setiap perenggan

    ReplyDelete
  18. Terima kasih cikgu doakan saya aina syafiah bt adizan mendapat 9A+spm 2021

    ReplyDelete
  19. Baru guru tuisyen aku akan berasa bangga untuk karangan aku
    Terima kasih🐈🐈🐈

    ReplyDelete