“Jika bisnes
anda tiada di internet, maka bisnes anda akan musnah”
- Bill Gates, pencipta Microsoft
- Bill Gates, pencipta Microsoft
Petikan
kata-kata Bill Gates ini secara tersiratnya menjelaskan bahawa pengaruh
internet masa kini sangat kuat, begitu juga dengan peranan internet terhadap
hala tuju kehidupan seseorang. Marcapada ini, internet merupakan satu ciptaan
manusia yang wajar dikagumi, dalam masa yang sama merupakan satu kepentingan
dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana, hanya internet yang memberikan
kepuasan bersosial, berniaga dan belajar secara meluas tanpa had kepada
pengguna. Bayangkan dengan hanya satu klik, anda mampu mengakses seluruh alam
maya tanpa perlu bermandi peluh. Setiap individu perlu tahu akan kelebihan,
keburukan dan cara mengakses internet, termasuklah ibu bapa. Sebahagian besar
ibu bapa masa kini handal menggunakan internet manakala sebahagian kecilnya
tidak. Namun, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, ibu bapa wajar untuk
mempelajari secara khusus berkenaan dengan internet. Sekiranya ibu bapa sudah
‘mengenali’ internet, maka dengan mudah ibu bapa mengawal kecenderungan
anak-anak melayari internet dan secara tidak langsung, ibu bapa mampu mendidik
anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet.
Antara
peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan internet pada masa kini termasuklah mendedahkan anak-anak dengan
segala maklumat berkaitan dengan internet. Hal ini disebabkan, anak-anak perlu
diberitahu mengenai baik-buruk penggunaan internet sebelum mereka didedahkan dengan
cara menggunakan kemudahan internet secara bijak. Sekiranya anak-anak sudah
diajar dari awal, sudah tentu anak-anak akan lebih berhati-hati dan lebih bijak
dalam menggunakan kemudahan internet pada masa-masa akan datang bak kata
pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya,
oleh itu sememangnya ibu bapa bertanggungjawab dalam memberi pengenalan kepada
anak-anak mengenai penggunaan internet dari kecil, yang ternyata amat penting
dalam kehidupan masyarakat moden masa kini. Jelaslah di sini bahawa pendedahan
segala maklumat berkaitan internet terhadap anak-anak merupakan tindakan yang
wajar dilakukan oleh ibu bapa.
Selain
daripada itu, ibu bapa juga berperanan untuk memantau anak-anak semasa
menggunakan kemudahan internet. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu internet
ini mempunyai keburukannya. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu mengelakkan
anak-anak daripada mengakses laman-laman sesawang yang berunsurkan pornografi,
mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak rompak bahan media,
mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Tindakan kecil yang
dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari mampu menyelamatkan industri hiburan
tanah air yang kerap kali ‘dirompak’ oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab, termasuklah mengurangkan jumlah penggodam dan pencetus
provokasi di internet yang semakin hari semakin berleluasa. Anak-anak juga
terselamat daripada terus terperangkap di dalam kancah jenayah siber, yang juga
merupakan salah satu kesalahan yang akan dikenakan tindakan keras seperti yang
termaktub di dalam akta jenayah negara. Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu
bapa dalam memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan internet dapat
mendidik mereka dalam memanfaatkan kegunaan internet.
Namun
begitu, ibu bapa juga seharusnya menyekat penggunaan internet oleh anak-anak.
Terbaru, ibu bapa kini mampu mengawal internet dengan menyekat laman-laman
sesawang yang berunsurkan negatif sebagai langkah mengelakkan pengguna internet
mengakses laman-laman tersebut dan sistem yang sama digunakan pada peranti
komputer yang disediakan di semua alma mater milik kerajaan. Sistem sebegini
bukan sahaja mampu mengawal aktiviti penggunaan internet anak-anak, malah mampu
mengasuh mereka untuk hanya mengakses laman-laman yang berguna sahaja.
Bayangkan, sekiranya ibu bapa melaksanakan sistem sebegini di rumah, sudah
tentu anak-anak akan menggunakan perkhidmatan internet dengan lebih bijak,
seterusnya dapat menghindari mereka daripada mengetahui mahupun mencuba untuk
mengakses laman-laman berunsurkan negatif seperti yang kebiasaanya berlaku
dalam kalangan remaja dan orang dewasa masa kini. Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, persis
kata peribahasa tersebut yang secara tersiratnya menegaskan bahawa ibu bapalah
yang perlu mengawal ton-ton warna yang ingin diwarnakan di atas kain putih yang
tidak berdosa. Cukup ditegaskan di sini bahawa ibu bapa sebaik-baiknya mengawal
penggunaan internet oleh anak-anak sebagai cara mengajar mereka menggunakan
internet secara lebih bijak.
Akhir
sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak
menggunakan internet secara pintar dengan memperkenalkan kepada mereka dengan
medium-medium pembelajaran menerusi internet. Seperti yang ditegaskan, internet
sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah dari segi pendidikan. Hari
ini, kemajuan internet juga selaras dengan kemajuan teknologi seperti tablet
dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua peranti ini merupakan
peranti pilihan pengguna untuk melayari internet. Oleh yang demikian, adalah
lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman sesawang atau aplikasi pintar
yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak. Tanpa disedari, sudah banyak
aplikasi dan laman sesawang yang menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan
kemudahan internet, namun malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan
pengguna internet masa kini. Sebaik-baiknya anak-anak didedahkan dengan medium
sebegini, sekurang-kurangya mereka akan mula memanfaatkan penggunaan internet
serta bijak menggunakannya. Ibu bapa juga tidak perlu risau sekiranya anak-anak
menghabiskan masa dengan melayari internet mahupun menghadap peranti pintar
sepanjang masa, sekiranya peranti-perani di rumah diisi dengan aplikasi dan
laman pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Oleh yang demikian, jelaslah
sudah di sini bahawa tindakan ibu bapa memperkenalkan medium-medium
pembelajaran melalui internet kepada anak-anak adalah amat wajar dalam mendidik
mereka memanfaatkan penggunaan internet.
Secara
tuntasnya, perkhidmatan internet sememangnya memberikan manfaat kepada pengguna
walaupun secara minoritinya membawa kepada keburukan. Namun yang demikian,
semua ini bergantung kepada ibu bapa itu sendiri, sama ada bijak atau tidak
mendidik anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet dalam kehidupan
seharian. Tindakan kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam memastikan
perkhidmatan ini mampu digunakan oleh semua anggota masyarakat sama ada di bandar
mahupun di luar bandar membuktikan bahawa internet sangat penting kepada semua.
Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan masyarakat menggunakan
perkhidmatan tersebut dengan sebaik-baiknya, namun usaha kerajaan akan menjadi
usaha yang sia-sia sekiranya ibu bapa tidak turut turun padang dalam membantu
kerajaan melahirkan dan mendidik generasi yang celik IT dan bijak
menggunakannya. Mencegah itu lebih baik
daripada merawat, sememangnya jikalau ibu bapa mula bertindak dari awal,
masalah-masalah penyalahgunaan internet dan jenayah siber yang semakin
menjadi-jadi ini akan mudah dicantas, dan secara tidak langsung, negara kita
akan dipenuhi dengan generasi-generasi yang berguna dan berfikiran
hadapan.
(926 patah perkataan)
5SN 2
terima kasih !
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletethxx
ReplyDeleteDid you hear there's a 12 word sentence you can communicate to your man... that will induce intense emotions of love and impulsive appeal for you deep within his heart?
ReplyDeleteThat's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, treasure and look after you with his entire heart...
====> 12 Words Who Fuel A Man's Desire Response
This instinct is so hardwired into a man's genetics that it will drive him to try harder than before to do his best at looking after your relationship.
Matter of fact, fueling this all-powerful instinct is absolutely binding to getting the best ever relationship with your man that the instance you send your man one of these "Secret Signals"...
...You will soon find him open his soul and mind to you in a way he never experienced before and he will identify you as the one and only woman in the universe who has ever truly interested him.