Soalan: Cuti sekolah yang
panjang sering menimbulkan dilema dalam kalangan ibu bapa terutamanya yang
sibuk bekerja. Kesibukan kerja menyukarkan mereka merancang pengisian cuti
sekolah yang bermanfaat untuk anak-anak.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak mendapat faedah daripada cuti sekolah yang panjang.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak mendapat faedah daripada cuti sekolah yang panjang.
Jawapan:
Assalamualaikum
Duduk bersendiri di atas titi,
Terasa tenang melihat ikan;
Cuti sekolah sememangnya dinanti,
Namun perlu diisi dengan kebaikan.
Terasa tenang melihat ikan;
Cuti sekolah sememangnya dinanti,
Namun perlu diisi dengan kebaikan.
[Intro] Pantun empat kerat di atas cukup menerangkan bahawa
cuti persekolahan sememangnya perlu diisi dengan perkara yang baik. Hari ini,
apabila tiba sahaja musim cuti sekolah, pasti menjadi satu masa yang sekian
lama dinanti-nantikan oleh anak-anak, namun sebaliknya menjadi satu masa bagi
ibu bapa untuk memikirkan bagaimana ingin memastikan musim cuti sekolah
anak-anak mereka dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yangberfaedah. Dewasa ini,
kebanyakkan ibu bapa mempunyai kerjaya masing-masing dan kesibukan bekerja
membuatkan mereka kurang menghabiskan masa dengan anak-anak. Apa yang mereka
tahu, adalah menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan mengambil mereka pada waktu petang semasa
musim persekolahan. Berbeza dengan waktu cuti sekolah, anak-anak akan lebih menghabiskan
masa dirumah dan sesetengah dariada mereka hanya bersendirian dirumah tanpa
penjaga. Adakah ibu bapa sanggup
membiarkan anak-anak mereka bangun daripada tidur hanya selepas matahari naik
mencacak di atas kepala? Dimanakah sensitiviti seorang bapa dan ibu yang
mahukan anak-anaknya menjadi penyejuk mata hati seperti mana yang difirmankan
Allah di dalam Surah Al-Furqan, ayat ke-74? Menurut imam Al-Bughawi didalam
tafsirnya, Qurratu A’yun bererti anak-anak yang baik, bertakwa yang mampu
menyejukkan hati dan pandangan mereka. Inilah yang didoakan kepad kita setiap waktu. Persoalannya, adakah
berbaloi tempoh masa cuti sekolah anak-anak jika tidak diisi dengan perkara
yang berguna? Sudah tentu tidak. Oeh itu, sudah menjadi satu tanggungjawab bagi
ibu bapa dalam memastikan hari-hari mereka menjadi hari ynag tidak sia-sia.
Pelbagai langkah harus diambil oleh ibu bapa dalam menangani isu ini termasuk
perancangan rapi sebelum cuti sekolakh bermula.
[I-1] Antara strategi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar
anak-anak mendapat faedah daripada cuti sekolah yang panjang termasuklah menghantar anak-anak ke kem keagamaan.
Mutakhir ini, sudah menjadi satu ‘trend’ apabila anak-anak dihantar ke kem-kem
keagamaan sepanjang musim cuti sekolah. Berkonsepkan seperti kem musim panas di
negara-negara barat, kem keagamaan ini lebih menekankan kepada hal ehwal agama
Islam seperti pengajaran Al-Quran, sirah, ibadah dan aqidah Islam. Ibu bapa
hanya perlu membayar yuran kemasukan, dan anak-anak akan diberi makan, tempat tinggal
dan mengikuti segala aktiviti yang dijalankan di sana. Kem keagamaan ini boleh
dianggap berguna bagi sesetengah ibu bapa yang mungkin terlalu sibuk untuk
memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya,” lantaran itu, anak-anak sememangnya memerlukan didikan agama
yang sempurna dari kecil. Hasilnya, anak-anak akan lebih terdedah dengan
ilmu-ilmu agama, seterusnya membina jati diri yang lebih kental. Jelaslah di
sini, bahawa menghantar anak-anak ke kem keagamaan mampu menjadikan cuti
persekolahan anak-anak lebih bermakna.
[I-2] Dalam
pada itu, langkah lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak
mendapat faedah daripada cuti yang panjang adalah dengan membawa anak-anak pulang ke kampung. Hal ini demikian kerana
anak-anak dapat mengisi masa mereka dengan mengetahui cara kehidupan, makanan
dan aktiviti yang dilakukan oleh orang kampung. Dengan itu, masa cuti anak-anak
dapat diisi dengan perkara yang berfaedah dan bukannya terlibat dengan masalah
sosial yang semakin berleluasa kini. Di samping itu, apabila anak-anak berada
di kampung, mereka akan berasa ingin tahu tentang cara kehidupan, makanan dan
budaya-budaya lama yang semakin hilang ditelan arus kemodenan serta timbul
minat untuk mencuba sesuatu yang baru, seterusnya menjadi sebuah pengalaman
yang berharga bagi mereka. Secara tidak langsung, ibu bapa dan anak-anak dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
antara sanak-saudara yang sudah lama berjauhan. Persis kata mutiara, "air yang dicincang tidak akan
putus", sememangya jika kita meluangkan masa bersama keluarga dapat
mengeratkan lagi jalinan kekeluargaan yang sedia ada. Cukup jelas di sini
bahawa dengan membawa anak-anak pulang ke kampung dapat mengisi masa cuti
anak-anak dengan perkara yang berfaedah.
[I-3] Selain
itu, ibu bapa juga perlu memberikan perhatian
dan kasih sayang terhadap anak-anak terutamanya pada musim cuti
persekolahan. Pada musim cuti sekolahlah ibu bapa seharusnya merebut peluang
cepumas supaya mengambil cuti bagi meluangkan masa bersama anak-anak dengan membawa
mereka pergi melancong ke destinasi-destinasi yang menarik sambil melakukan aktiviti
riadah seperti berkhemah. Kunci kepada keamanan dan kebahagiaan rumah tangga
seharusnya memiliki sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta
yang luhur dan abadi. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan
membebaskan anak anak daripada masalah dalam pembelajaran di sekolah mereka.
Sebagai contoh, anak-anak kebiasaannya dibekalkan dengan kerja sekolah yang banyak,
dalam pada itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengurangkan tekanan yang
dihadapi anak anak dengan membantu
mereka ketika belajar seperti kata peribahasa; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Ada
diterangkan di sini, bahawa perhatian yang diberikan oleh ibu bapa membantu
dalam memastikan masa cuti anak-anak diisi dengan perkara yang berguna.
[I-4] Akhir sekali, ibu bapa boleh juga mengamalkan konsep “lawatan sambil belajar”
untuk anak-anak. Konsep sebegini bukan sahaja boleh digunakan di sekolah, malah
ibu bapa itu sendiri. Hal ini kerana, sesetengah ibu bapa inginkan anak-anak
mereka mendapat ilmu setiap kali mereka melangkahkan kaki keluar dari rumah.
Ibu bapa digalakkan mengambil cuti walaupun sehari, untuk membawa anak-anak ke
tempat-tempat pembelajaran. Di Malaysia, terdapat banyak tempat-tempat
pembelajaran untuk anak-anak termasuklah Petrosains, Planetarium Negara,
Aquaria KLCC, Kidzania dan Muzium Negara. Lokasi-lokasi sebeginilah yang baik
untuk anak-anak mendapatkan ilmu tambahan, belajar dengan cara yang lebih
menyeronokkan dan menimba pengalaman baru. Pada masa yang sama, ibu bapa juga
boleh bersama anak-anak melihat pameran-pameran dan permainan pembelajaran yang
disediakan, dan secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. “Yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak melayang,” begitulah sukarnya untuk
mendapatkan ilmu kerana ilmu tidak akan datang kepada kita malah
sebaliknya. “Sudah terang lagi bersuluh,” sememangnya
pengamalan konsep “lawatan sambil belajar” oleh ibu bapa membantu dalam
memastikan musim cuti sekolah anak-anak diisi dengan perkara yang berguna.
[Konklusi] Secara
tuntasnya, cuti persekolahan anak-anak sememangnya wajar untuk dipenuhi dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Musim cuti sekolah bukanlah masa untuk
berehat dan bersantai semata-mata, kerana pada masa inilah anak-anak perlu
lebih fokus kepada pembelajaran. Kesibukan kerja juga bukanlah alasan untuk
tidak meluangkan masa dengan anak-anak. Sekali-sekala, bawalah anak-anak ke
destinasi-destinasi pelancongan yang ada, mahupun menghabiskan masa dengan
anak-anak di rumah sambil bergotong-royong, beriadah atau bermain bersama.
Inilah sikap yang harus ada dalam diri setiap ibu bapa, sebagai langkah dalam
memastikan agar anak-anak tidak akan bosan atau hanya mengisi masa lapang
mereka dengan menonton televisyen atau melayari internet sahaja setiap kali tiba
musim cuti sekolah. Lebih baik jikalau anak-anak ‘disuapkan’ dengan ilmu dan
pengalaman baru yang lebih bermanfaat untuk kehidupan mereka, kerana di waktu
mudalah mereka mempunyai tenaga dan semangat yang lebih kental. Sekiranya ibu
bapa tidak menitikberatkan perihal ini, sudah tentu anak-anak akan terus
‘hanyut’ di arus kealpaan yang membuang masa.
Abc
|
Isi-isi
|
Peribahasa/Kosa kata
menarik
|
Disediakan oleh:
Kumpulan
S.N.A.T.S ( 5SN2)
Ahli: Azlin Binti Osman
Najiha Binti Azman
Muhammad Shafiq Bin Amirullah
Muhammad Thaqif Bin Ramli
Muhammad Syafiq Bin Kamal
Ahli: Azlin Binti Osman
Najiha Binti Azman
Muhammad Shafiq Bin Amirullah
Muhammad Thaqif Bin Ramli
Muhammad Syafiq Bin Kamal
good ...
ReplyDeletehmm...I like ur blog n also ur essay.
ReplyDeletei'm not going 2 take all the isi.
Tq shares
ReplyDeletethank u... ni group kami yang buat !!! terima kasih juga pd Cikgu Harliza yg bnyk memberi tunjuk ajar...
ReplyDeletebestnyer dpt cikgu macam cikgu Har...ustazah pun bleh jd pandai...
ReplyDeleteisi yang padat .
ReplyDeletebukit katil,melaka?? saya pon duk melaka!! #gegaumelakagegau
ReplyDeletebagus cikgu melaka nihh..hihi
Delete