Selamat Datang Ke Blog Cikgu Harliza

Saturday 23 April 2011

TATABAHASA


CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Aiman
:
Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong? 
Kok Seong
:
Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.  
Aiman
:
Kalau begitu, saya cadangkan awak mengikut saya pulang ke kampung saya.  
Kok Seong
:
Apakah yang menarik di kampung awak?  
Aiman
:
Di kampung saya ada sungai, kita boleh memancing di sana. Sekarang juga musim buah-buahan.  

Jawapan yang Lemah
Aiman bertanya rancangan Kok Seong di masa cuti ini. Kok Seong menyatakan dia tidak mempunyai apa-apa rancangan. Oleh itu, Aiman mencadangkan Kok Seong mengikutnya pulang ke kampungnya. Lalu Kok Seong bertanyakan tentang keistimewaan kampung Aiman. Menurut Aiman, di kampungnya terdapat sungai dan mereka boleh memancing. Selain itu, pada masa sekarang kampungnya musim buah-buahan

Jawapan yang Mantap
Aiman bertanya tentang rancangan Kok Seong pada masa cuti nanti. Kok Seong menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rancangan. Oleh itu, Aiman mencadangkan Kok Seong mengikutnya pulang ke kampungnya. Lalu Kok Seong bertanyakan keistimewaan kampung Aiman. Menurut Aiman, di kampungnya terdapat sungai dan mereka boleh memancing. Di samping itu, pada masa itu kampungnya musim buah-buahan.

a) memberitahu, menyatakan, berkata, menerangkan, menjelaskan dan sebagainya (untuk ayat penyata)
b) bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin mendapatkan kepastian, menyoal dan sebagainya (untuk ayat tanya)
c) meminta, menyuruh, mengajak, mempelawa, melarang, mengharapkan dan sebagainya (untuk ayat suruhan)
d) terkejut, hairan, kagum, terperanjat, mengeluh, mengaduh, mengelamun dan sebagainya (untuk ayat seru)

Perkara
Contoh penggunaan dalam cakap ajuk
Contoh penggunaan dalam cakap pindah
1. Tukar singkatan kepada perkataan yang lengkap.
nak /mak /kak /tak
hendak /emak /kakak / tidak  
2. Tukar perkataan yang menunjukkan tempat, masa, keadaan, dan sebagainya kepada perkataan yang sesuai.
begini
demikian ini
sekarang
esok
di sini
di pondok ini
begitu
demikian itu
ketika itu
hari berikutnya/keesokan hari
di situ
di pondok itu  
3. Ganti kata seru kepada makna yang sesuai dengan ayat dalam cakap ajuk.
cis
amboi
hore
eh
dengan marahnya
dengan perasaan terkejut
dengan gembiranya
dengan nada hairan
4. Tukar kata ganti nama diri kepada kata ganti nama yang sesuai dengan cakap ajuk.  
Saya masib belum makan,” kata Ganesh.
Ganesh berkata bahawa dia masih belum makan
5. Gunakan kata hubung pancangan seperti agar dan bahawa dalam cakap pindah.
“Saya tidak mahu pergi,” kata Azri.
Azri menyatakan bahawa dia tidak mahu pergi.
6. Tukar ayat daripada cakap ajuk kepada cakap pindah mengikut maksud yang sesuai.
“Moga-moga anakmu itu akan pulang,” kata Nora kepada Sazana.
“Adakah kamu akan datang esok?” tanya Encik Bakri kepada Laila.
Nora berharap agar anak Sazana akan pulang.
 
Encik Bakri bertanya kepada Laila sama ada dia akan datang pada hari berikutnya

No comments:

Post a Comment