Selamat Datang Ke Blog Cikgu Harliza

Thursday 3 October 2013

langkah-langkah yang dilakukan oleh negara kita untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan.



Bincangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh negara kita untuk mengekalkan
keharmonian dan kesejahteraan.


Pergi memetik bunga cempaka,
Ternampak pula si rama-rama,
Bersama kita menjaga Negara,
Agar masyarakat sentiasa sejahtera.

          Syair di atas jelas menunjukkan bahawa pentingnya keharmonian dan kesejahteraan sesebuah negara. Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini terutamanya ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara yang cemburu akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak langkah yang dilakukan oleh negara ini untuk memastikan negara kita terus berada dalam situasi harmoni.
          Antara langkah yang dilakukan oleh negara kita untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ialah dengan menggalakkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat. Hal ini demikian akan dapat mengelakkan kejadian 13 Mei 1969 agar tidak berulang lagi. Contohnya, melaksanakan program Latihan Khidmat Negara dan juga menggalakkan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan. Dengan berbuat demikian, dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit dan dapat mengelakkan perpecahan kaum yang membawa kepada pergaduhan. Persis kata cendekiawan, ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.’ Jelaslah harapan negara untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan akan tercapai.
          Selain itu, mutakhir ini, pihak Kerajaan telah melaksanakan Gagasan 1 Malaysia sebagai langkah untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Hal ini demikian kerana, Gagasan 1 Malaysia ini mampu memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Tamsilnya, Gagasan 1 Malaysia ini akan menjadikan masyarakat konvensional di negara ini agar menghormati pegangan dan kepercayaan kaum lain kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri. Natijahnya, rakyat tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.’ Intihannya, diharapkan usaha kerajaan melalui Gagasan 1 Malaysia ini akan mengeratkan perpaduan rakyat sekali gus mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.
          Seterusnya, menjalinkan kerjasama yang erat dengan negara-negara luar ataupun negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Hal ini bersangkut paut kerana ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau serta boleh membantu dalam perkembangan ekonomi. Sebagai contoh, kerjasama sesama jiran boleh dijalinkan melalui perjanjian ekonomi dua hala. Maka, kerjasama yang erat ini dapat mengelakkan negara luar tidak mengganggu urusan negara masing-masing antara satu sama lain. Bak kata peribahasa, ‘bagai aur dengan tebing.’ Dengan itu, kerjasama yang erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi.
          Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Bak kata pepatah, ‘bulat air kerana pembentung, bulat suara kerana muafakat.’ Dengan ini, negara akan dapat merealisasikan aspirasi 1 Malaysia yang membawa dasar ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia akan sentiasa hidup dalam keadaan aman, tenang dan sejahtera.
4. A.M.  (Aini, Aqilah, Atiqah, Asnira & Mursyida)
(5SN2)

42 comments:

  1. tak de langkah yang lain ke? = = semua website pun sama je..... _ _

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. SIAL PUNYA CIKGU SURUH AKU SALING

      Delete
    2. Woi,jaga mulut tu....cikgu ni nak bagi kita ilmu untuk berjaya

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. YG NI UNTK DIMENSI NEGARA KA????

    ReplyDelete
  5. "Masyarakat Malaysia harus mengekalkan keharmonian dan mengelakkan persengketaan kaum".
    Huraikan pernyataan ini.

    ReplyDelete
  6. thx ckgu,dengan website ni sya boleh buat kerja sejarah saya dengan mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada yang tak de kaitan pun dengan kerja sejarah

      Delete
  7. thx ckgu,dengan website ni sya boleh buat kerja sejarah saya dengan mudah

    ReplyDelete

  8. thx ckgu,dengan website ni sya boleh buat kerja sejarah saya dengan mudah

    ReplyDelete
  9. Nasihat lah drpada aku benda ni bagus tapi buatlah dalam point

    ReplyDelete
  10. CIKGU BETUL BETUL MENYUSAHKAN KAN #MALAS

    ReplyDelete
  11. Membantu saya untuk kajian kes form 2

    ReplyDelete
  12. tq saya sedang membuat aktiviti kajian kes

    ReplyDelete
  13. Tq because I need to write this karangan in foolscap so I can copy this and its very easy and useful karangan

    ReplyDelete
  14. Wah,benda ini amat membantu untuk murid murid tingkatan yang harus buat kerja kursus ataupun digantikan namanya sebagai kajian kes

    ReplyDelete
  15. Bodah idea sikit huraian je banyak

    ReplyDelete
  16. lagi bagus kalau highlightkan point penting je pastu elaboratekan kenapa” buat macam tu

    ReplyDelete
  17. lagi bagus kalau highlightkan point yg penting je,pastu elaborate kenapa”

    ReplyDelete
  18. lagi bagus kalau highlightkan point yg penting je,pastu elaborate kenapa”

    ReplyDelete
  19. There is a lot of mean comments here, I was kinda surprised lmao.

    ReplyDelete
  20. STREAM PERMISSION TO DANCE FOR CLEAR SKIN

    ReplyDelete
  21. STREAM BUTTER FOR BETTER LIFE

    ReplyDelete
  22. Terima kasih senang lah sikit kajian kes form 1 ni

    ReplyDelete