Selamat Datang Ke Blog Cikgu Harliza

Thursday 3 October 2013

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI MELAHIRKAN MASYARAKAT PENYAYANG oleh: Najihah 5SN2



USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI MELAHIRKAN MASYARAKAT PENYAYANG
oleh: Najihah 5SN2
             Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Justeru, masalah sosial yang kian meruncing kini dapat dicegah jika kita berusaha membentuk sebuah masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang salingmemerlukan antara satu sama lain tidak kira umur, bangsa dan agama. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang telah dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.
             Antaranya, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap golongan yang hidup dalam serba kekurangan seperti golongan kurang upaya. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan mereka akan berasa lebih dihargai. Misalnya, kita membantu golongan kurang upaya ini dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan, tempat tinggal, atau pendidikan. Bak kata peribahasa Melayu, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “. Dengan berbuat demikian, kita akan dihormati dan kehidupan kita akan lebih diberkati kerana tidak bersikap kedekut dalam menyumbangkan harta yang dimiliki.
             Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga bahagia juga dapat membentuk masyarakat penyayang. Ini disebabkan sikapahli keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini sama dengan peribahasa, “ melentur buluh biarlah dari rebungya “. Contohnya, ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan bersedia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang sebegini mampu mencegah anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak sihat.
             Seterusnya, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Ini menggambarkan bahawa pihak kerajaan perlu peka akan situasi ini dan mengambil tindakan bagi melahirkan masyarakat penyayang. Misalnya, menganjurkan ‘Kempen Masyarakat Penyayang’ di tempat-tempat yang sesuai agar ramai yang menyertai kempen tersebut. Dengan itu, usaha kerajaan pasti tidak sia-sia malahan dapat melahirkan kelompok masyarakat penyayang dalam kuantiti yang sangat membanggakan.
            Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama membimbing golongan masyarakat yang sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan golongan masyarakat akan memandang serius akan segala perubahan yang berlaku dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,“ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu melahirkan masyarakat penyayang agar Wawasan 1 Malaysia dapat direalisasikan seperti yang dijanjikan.

17 comments:

  1. cikgu, isi karangan yg baik tetapi sepatutnya mangikut frma peperiksaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. I TAK FAHAM DENGAN KOMEN ADIK.
      HAHAHA.KAKAK PUN SEORANG CIKGU JUGA
      (BM)

      Delete
    2. Pengolahan karangan yang baik. Tapi hanya mnyatakan 3 isi.. Mngikut format Spm.. Isi yang diperlukan skurang kurngnya 5..

      Delete
    3. Pengolahan karangan yang baik. Tapi hanya mnyatakan 3 isi.. Mngikut format Spm.. Isi yang diperlukan skurang kurngnya 5..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bagus cikgu tetapi kekurangan isi

    ReplyDelete
  4. kekurangan isi.kalau boleh tambah isi mcm format spm tapi bagus jgk isi yg cg telah tuliskan tu

    ReplyDelete
  5. saya suka karangan ini !terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  6. saya suka karangan ini !terima kasih cikgu.

    ReplyDelete